Thursday, June 13, 2013

Hikmah Dunia

Assalamualaikum wrt wbt.

Salam Sejahtera wahai dunia dan seluruh isinya!

Hari ini kulihat dunia dengan nafas baru. Penuh hikmah dan pengajaran dari Sang Pencipta.

Lihatlah ke langit. Awan berarak mengikut angin yang bertiup. Nyaman sekali, subhanallah!

Hari semalam angin kuat dan ribut melanda dunia. Dalam sekelip mata pelbagai harta rosak, pokok tumbang di sana sini. Itu cuma 15 minit sahaja.

Teringatkan al-Haqqah. Gegak gempita yang tiada berkesudahan hingga dipanggil mengadap Pencipta.

Allahu Rabbi, lemah lutut ini... Terasa hati bergetar kuat. Bergetar teringatkan dosa yang tiada terkira..

Everybody, lets improve!